Followers Tercinta!

Tuesday, June 18, 2013

Saya Mahu......Ini


What I need now is this
together with a nice book untuk dibaca, yang mana mengingatkan aku untuk tuntut hadiah birthday daripada si Daniel aherherher

and I need this too, badly!


Tak kisahlah bercuti dekat mana pun asalkan dapat

Dua minggu ni agak mencabar iman dan tenaga dekat tempat kerja. Banyak betul kena fikir. Plus, dengan KL Fashion Week coming kena uruskan blogger, sampaikan hujung minggu pun kena kerja hadap laptop reply emails and update report. dan tidak dilupa koleksi Raya yang mendatang. Oh no!

Sedih.




Sila jangan buat hal n kacau mood saya untuk buat masa ini. Macihhh.


Friday, June 14, 2013

Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura Meriahkan Rizman Ruzaini Raya Fashion Show


Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura dan Ning Baizura - itu antara nama-nama hebat dalam industri hiburan Malaysia yang memeriahkan Rizman Ruzaini Raya Fashion Show semalam. Hadir untuk memberikan sokongan kepada pereka fesyen kegemaran, artis-artis terkenal tanah air itu tampil cantik dengan busana rekaan duo tersebut.







4 bintang tersohor yang sering mendapatkan khidmat rekaan Rizman Ruzaini.
I guess fashionistas are looking forward for this Raya collection macam tahun lepas n the hype is gonna be good! 



Ok gambar ini tidak ada kena mengena dengan fashion show itu. Saja je letak sebab suka tengok keletah nakal Siti Nurhaliza yang kita jarang nampak...hahaha
comel!!


Kredit : Instagram RoziSangDewi, CTDK, Rizman Ruzaini & MissFazura





Thursday, June 13, 2013

Untunglahhhhh Makan Aje!


Ni cerita few weeks ago. Kot. Ahhhh aku pun tak ingat dah ni lah hasil kalau peram lama sangat cerita terus lupa exact date ke apa. Lemah betul daya ingatan nak mengingat satu per satu. 

Tapi time ni memang aku datang office awal gila! Seawal pukul 7 dah sampai terpacak, eh no, dah siap duduk dekat meja ye makan nasi lemak sambil tengok video cerita The Nanny. Buat kerja apa patut, blogwalking, update blog sendiri. Time tu leewwww aherherher

Tak adalah scary pun even agak gelap. Kalau gelap, bukaklah lampu kan? Apa susah. Satu switch je mampu terangkan satu department. Overlah kalau nak takut bagai. Pak guard pun ada. Makcik-makcik cleaner pun ada diorang sampai awal kemas itu ini.

Yang bestnya datang awal ni sebab boleh siap awal daily tasks kat office. so start pukul 2-3 dah free yang memang freeeee gilahhh! Ini serious. Hahaha so bila bosan-bosan tengah tak ada kerja turunlah bawah kejap beli apa yang patut. 


Kegemaran. Soft Cookies beli dekat Subway. Untunglah Subway ni dekat bawah office je. Memang konspirasi nak suruh aku beli cookies  dia hari-hari bagi naik sale. Tak cukup dengan aku, officemates pun ikut beli sama sebab nak try.


Ini pulak minum time petang dekat D'saji Cafe. Nasi Lemak n kuih muih. Too good to say no lah. Dalam seminggu mesti ada dua hari pergi makan.


Seronok bila kerja kat commercial centre yang bawahnya ada macam-macam kedai makan, kafe, restoran, mamak pun ada! So pilihlah pilih. Rambang mata. Daripada harga sepinggan nasi goreng Rm20 kepada Nasi Campur Rm4. 


Simple Breakfast dkt kafe bawah nih. Nampak macam 'Eh, ni terlebih simple nih!' dont worry, kenyang kayh!


Nasi Campur dekat kedai makcik fav sebelah jalan office nih. Daripada tingkap office pun boleh jengah ke bawah tengok if penuh ke tak dengan orang. Kalau tak penuh, hah cepat-cepat ler turun. Lauk dia cepat habis sebab ramai datang makan. Sebut je Melayu, Cina, India, Bangla, sampai ke Italy, German, Africa staff office pun makan situ. Kelassss kau makcik.


See? dekat je kan. Boleh lelambai lagi. 


Tapi memang ramai suka makan situ sebab layanan husband n wife tu bagus betul. Sentiasa tersenyum. Serive pun bagus. Walaupun business kecik je kan tapi aku yakin banyak juga pendapatan dia. Bukan susah nak maju dalam business. Asalkan jujur, perkhidmatan bagus, makanan pun sedap pasti ramai suka. 

Diorang pun ada menu-menu istimewa setiap hari. Kalau Isnin hari Nasi Ayam. Kalau Selasa n Khamis lauk-pauk biasa yang sedap-sedap belaka untuk Nasi Campur. Hari Rabu untuk Nasi Tomato n Jumaat hari Nasi Beriyani sedap! Ayam Goreng dia antara yang terbaik. Setiap hari pergi sana untuk makan tuh.

Kebetulan tahu makcik tu kampung dia dekat Rengit, Johor. So orang Johor ler juga. Hehe. 

:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...